Assalamualaikum...
syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurninya masih lagi dpt bersama2 di ketengan sumber inspirasi.. syukur pada ilahi akhirnya, kelahiran yang dinanti telah pun selamat lahir ke dunia diberi nama Muhammad Haziq Zikry pada tarikh 12 April 2011. Penyambung kasih, penyatuan hatiku... semoga kehadiranmu akan sentiasa diberkati Allah.. akan sentiasa memberi sinar kebahagiaan dlm hidup kita sekeluarga.. aminn...
mas..
::masAyu:: ~ ::KeTEnAnGaN SuMbEr InsPiRasiKu:: ~
Ya ALLAH …….. Teguhkanlah kami dalam mengarungi perjuangan hidup ini Dalam menjalankan sunnah Rasul’ MU Meniti hidup baru dengan ikatan ….. Yang Engkau muliakan dan hiasi limpahan rahmatMU…
Thursday, October 13, 2011
Sunday, January 16, 2011
Assalamualaikum semua..
Syukur alhamdulillah... dh lama tak buka blog, maklumlah kerja2 seharian ni buat sy terlupa seketika dgn blog sy... Alhamdulillah juga, berkat doa sahabat2 sekalian, kini sy hamil hampir 7 bulan, hmm, bermakna sy akan melahirkan bayi pertama saya seawal bulan april 2011.. mohon sahabat2 sekalian mendoakan kesihatan saya..
Friday, June 4, 2010
Assalamualaikum...
Hmm... dh lama tak buka blog.. tak tau nak citer pasal ape.. sahabat yang baca blog saya ni, doakan saya supaya cepat2 dapat baby yer.. x lama lagi saya akan menyambut ulang tahun perkahwinan saya yang pertama.. semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan saya dn suami.. semoga saya juga di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
sekian,
Mas..
sekian,
Mas..
Sunday, February 21, 2010
Assalamualaikum..
Assalamualaikum semua...
Dah lama saya tak letak citer2 menarik dalam blog saya.. maklum la terlalu busy dengan kerja.. alhamdulillah, saya dh pun dapat bertukar tempat kerja dekat dengan suami saya.. Alhamdulillah keje kat tempat baru ni pun seronok gak.. dapat ramai kawan2 baru... hehe...
Apa2 pun doakan saya supaya sentiasa berjaya dalam kerjaya, rumah tangga dan kehidupan di dunia dan akhirat.. Doakan juga supaya saya cepat2 dikurniakan zuriat sebagai penyambung warisan..
Jumpa lagi dalam catatan seterusnya..,
Salam sayang...
mas...

Wednesday, October 7, 2009
Majlis Perkahwinanku...
Assalamualaikum... syukur pada Allah swt akhirnya aku selamat di ijab kabulkan pada 26hb. Julai 2009..
Doakan saya menjadi isteri yang solehah serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyeri rumahtangga saya... Insyaallah...
Ini masa penyerahan mas kahwin..
Ini la skit gambar semasa hari pernikahan saya, semasa sesi batal air sembahyang dan sarung cincin..
Doakan saya menjadi isteri yang solehah serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyeri rumahtangga saya... Insyaallah...
Thursday, September 24, 2009
Wanita Perindu Allah
Wanita perindu Allah dapat mengawal rindunya pada dunia, kekayaan, kemewahan, pembaziran, kecantikan dan segala isi dunia. Wanita ‘abidah perindu Allah dapat mengubah nafsunya daripada nafsu-nafsu jahat kepada nafsu-nafsu yang baik melalui mujahadah. Yakni daripada nafsu marah kepada memaafkan, dengki kepada kasih sayang dan. Maka jadilah wanita ‘abidah itu bagaikan tiang negara yang menyangga sesebuah negara daripada runtuh.
Sebab itu Rasulullah bersabda :
Untuk menjadi wanita ‘abidah, perindu Allah, tidak semudah menjadi wanita berkerjaya yang cuma dilatih akalnya. Sedangkan wanita ‘abidah perlukan didikan fizikal, mental dan jiwanya sekaligus. Mereka bukan sahaja diperkenalkan dengan dunia, tetapi juga dengan alam barzakh dan alam akhirat. Bahkan juga dikenalkan dengan Allah swt.
Dunia amat perlukan wanita yang tidak lagi menurutkan nafsunya tapi memusatkan perhatian dan rindunya kepada Zat yang paling hampir dengannya dan terus-menerus mengawasi hidupnya, Yakni Zat Allah SWT Sembahyang yang dilakukan merupakan pertemuan dan penyerahan dirinya secara total kepada Allah. Ia dirasakan terlalu indah dan amat bermakna. Setiap ucapan dihayati dan dilafazkan dengan penuh kusyuk. Rukun-rukun fi’li dikerjakan dengan komitmen jiwa yang penuh kehambaan. Dan perilakunya sewatu mengadap Allah, seolah-olah takut dan hormat sekali. Maka hasil daripada ucapan dan perbuatan dalam sembahyang, wanita ‘abidah mendapat rasa tawadhuk, tawakkal, rendah diri, takut, cinta, yakin, rindu dan kagum kepada Allah kekasihnya. Itulah iman dan taqwa.
rang yang berakhlak sahaja yang boleh bahagia tatkala ditimpa ujian. Tanpa akhlak, tidak akan ada seorang pun manusia yang dapat merasa bahagia hidup di dunia.
Kerana, hidup ini memang tidak akan lepas daripada ujian. Siapa yang tidak bahagia dunia nescaya tiada harapan untuk bahagia di akhirat.
Gabungan rasa-rasa itu mencetuskan akhlak yang sangat agung; sabar, redha, penyayang, pemaaf pemurah, rendah diri dan lain-lain lagi. Akhlak-akhlak yang mulia ini lebih mahal daripada sijil dan harta-harta duniawi, sebab ia dapat mncegah daripada perbuatan keji dan mungkar .
Bila seseorang itu kenal akhirat dan Allah, dunia ini menjadi kecil baginya. Hidupnya tidak lagi untuk memburu dunia tetapi memburu syurga di akhirat. Mereka tidak lagi merindukan kenikmatan sementara tetapi mengalihkan rindunya kepada Allah swt. Umur dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Apa juga kerja yang dibuat, semuanya untuk dan kerana Allah. Dan itulah yang Allah minta untuk kita lakukan. Firman Nya:
“Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik hiasan ialah wanita solehah.”
“ Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan seru sekalian alam. ”

Monday, July 20, 2009
Bila Hujan...
Awan hitam berarak menyelubungi bumi. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk saja akhir-akhir ni ye.." Soalnya, Kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?? Tidakkah orang-orang itu sedar bahawa hujan merupakan antara nikmat terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada kita??
Mengapa mereka masih merungut??
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering lah baju kalau asyik hujan saja..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah lah macam ni
- Payah nak buat apa-apa kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
(Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba saja bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. kasihan hujan.
Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yang bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya. Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
copy from www.hanan.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)